PVR REGULATIONS, 1952

Di bawah peruntukkan kuasa-kuasa yang telah diberi ke atasnya melalui Seksyen 18 Polis Ordinan, 1952, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dengan ini telah membuat Peraturan Polis:

In exercise of the powers conferred upon him by section 81 of the Police Ordinance, 1952, the Chief Secretary hereby makes the following Police Regulations:


BAHAGIAN 1
PERLEMBAGAAN


2. Senarai Aktif dan Tidak Bertugas Untuk Sukarelawan

PVR telah disenaraikan di bawah dua kategori:

a) Senarai aktif (bertugas) dan
b) Senarai tidak bertugas (unattached list)

Setiap satu senarai aktif adalah terdiri daripada pegawai sukarelawan yang diwartakan, pegawai pangkat rendah dan konstabel sukarelawan, tidak melebihi bilangan dari masa ke semasa di atas persetujuan YDP Agong di bawah seksyen 57 Ordinan Polis 52.


3. Kewajipan Pegawai Polis Sukarelawan di bawah senarai aktif

Anggota Sukarelawan Polis di bawah senarai aktif adalah tertakluk kepada bahagian VIII Akta Polis dan Peraturan ini.


4. Kewajipan Pegawai Sukarelawan di bawah senarai tidak bertugas

PVR di bawah senarai tidak bertugas boleh memegang jawatannya seberapa lama dibenarkan KPN tetapi pegawai-pegawai tersebut tidak boleh menjalankan atau mempraktikkan kuasa atau haknya sebagai anggota PVR serta tidak berhak menuntut sebarang gaji atau elaun, dan juga tidak boleh dipanggil untuk bertugas, melainkan dengan persetujuan anggota PVR tersebut, kecuali untuk dipanggil untuk tugas aktif atau yang tertakluk dalam Ordinan dan Peraturan ini.


BAHAGIAN II
PENTERJEMAHAN


5 : The Police Ordinance

In these Regulations "the ordinance" means the Police Ordinance, 1952*.

6 : Application Of The Ordinance When Not Called Out For Active Service

When not called out for active service:

(a) : Part VIII and sections 2, 4, 6, 7, 23, 54, 55, 77, 78, 80 and 81 of the Ordinance shall, subject to these Regulations, apply to reserve police officers; and

(b) : When on duty or detailed for duty sections 33, 34, 37, 38, 39 (3), 39(6), 41, 43(1), 43(3), 45, 47, 48 and 50 of the Ordinance shall, subject to these regulations, apply to reserve police officers in addition to the Part abd sections of the Ordinance set out in paragraph (a) of this regulation.

7 : Application of the Police Ordinance when called out for active service

When called out for active service the Ordinance, with the exception of sections 3, 8 to 20 inclusive, 24, 25, 26 to 32 inclusive, 36, 39(1), 39(2), 40, 44, 70, 71, 72 and 74 shall, subject to these Regulations, apply to reserve police officers.

8 : Interpretation of expressions in the Police Ordinance on application thereof

In the application of any Part or section of the Ordinance pursuant to Regulations 6 and 7 or in the application of the Police Regulations, 1952, or part thereof, pursuant to Regulation 19 a reference to “the Force”, “police officer”, “gazette police officer”, “superior police officer”, “subordinate police officer” or “police constable” shall unless the context otherwise requires be construed as a reference to the Reserve, reserve police officer, gazette reserve police officer, superior reserve police officer, subordinate reserve police officer or reserve police constable respectively.

9 : Woman reserve police officers

In the Regulations the terms “Reserve police officer”, “gazette reserve police officer”, “superior reserve police officer” and “reserve police constable” shall subject to the provisions of section 23 of the Ordinance include a woman reserve police officer of equivalent rank unless it is otherwise expressly stated.


BAHAGIAN III
PENGAMBILAN


10 (1) Kenyataan bertulis (surat Notis)

Surat notis seperti yang terkandung di dalam jadual pertama dalam peraturan ini akan diberi kepada mana-mana orang yang ingin menawarkan dirinya untuk berkhidmat dalam PVR

10 (2) Rujukan Peribadi

Sesiapa sahaja yang menawarkan diri untuk berkhidmat di dalam PVR akan diminta dua penama yang boleh di dirujuk perihal peribadi dan membenarkan cap jarinya diambil dan direkodkan.

10(3) Had Umur

Had umur pengambilan atau pengambilan semula di dalam PVR hendaklah dalam lingkungan 18 hingga 45 tahun termasuk :

Dengan syarat, Ketua Polis Negara boleh melantik atau diberi kenaikan pangkat ke pegawai bergazet Sukarelawan atau pegawai kanan Sukarelawan yang telah mencapai umur 45 tahun tetapi tidak melebihi 50 tahun dan Ketua Polis Negara boleh melantik atau diberikan kenaikan pangkat ke Pangkat Rendah kepada mana-mana orang yang telah mencapai umur 45 tahun tetapi tidak melebihi 48 tahun tertakluk kepada syarat-syarat disahkan sihat untuk bertugas.

10(4) : Seseorang yang hendak berkhidmat dalam PVR dikehendaki membuat perakuan seperti yang dinyatakan dalam seksyen 61 Ordinan, Jadual Kedua ke hadapan seorang pegawai bergazer atau pegawai bergazet yang diberi kuasa oleh Ketua Polis Negara.

10 (5) : Pemeriksaan kesihatan ke atas pemilihan pertama

Setiap orang yang ditawarkan berkhidmat sebagai anggota PVR dikehendaki mmeberi kenyataan bertulis, mengikut pengetahuan dan kepercayaannya, ia tidak mengidap sebarang kecederaan, penyakit atau lain-lain kekurangan yang boleh menjejaskan tugasnya sebagai PVR dan dikehendaki lulus dalam pemeriksaan kesihatan yang dibuat oleh Pegawai Perubatan Kerajaan ataupun oleh Pegawai Perubatan Swasta yang diluluskan.

Pengecualian pemeriksaan kesihatan seperti di atas boleh diberikan jika boleh membuktikan secara memuaskan bahawa pemeriksaan kesihatan yang pernah dilakukan ke atasnya dalam tempoh 5 tahun sebelum pengambilan ini untuk memasuki perkhidmatan di Jabatan Kerajaan.

10 (6) : Dokumentasi

Seseorang calon yang masuk berkhidmat sebagai PVR dikehendaki memberi semua butir-butir peribadi lengkap ketika masuk berkhidmat. Segala butir untuk menyokong atau menguatkan kenyataan segala dokumen yang berkaitan akan diserahkan kepada pegawai bergazet yang diberi kuasa oleh KP Negeri.

10 (7) : Sekiranya selepas diterima masuk berkhidmat sebagai PVR, sebarang keterangan yang diperuntukkan di perenggan (6) di dalam peraturan ini adalah tidak palsu. Seseorang anggota itu boleh diberhentikan tanpa sebarang notis dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

10 (8) : tiada

10 (9) : Badan Pemilihan

KP Negeri boleh mengarahkan sesiapa sahaja yang ditawarkan berkhidmat pegawai PVR. Sebelum perlantikan terlebih dahulu ditemu duga oleh Lembaga Pemilihan yang diarahkan oleh KP Negeri. Badan Pemilihan terdiri dari pegawai polis bergazet PVR yang akan melaporkan kesesuaian seseorang calon itu untuk dilantik.

10 (10) : KP Negeri boleh menolak mana-mana permohonan untuk jawatan sebagai pegawai bergazet atau pegawai PVR yang berpangkat tinggi dan ketua polis boleh menolak sebarang permohonan jawatan PVR pangkat rendah atau polis konstabel sukarelawan tanpa memberi sebarang notis.

10 (11) : Sijil Lantikan L.N.636/52

Semasa lantikan, setiap anggota PVR akan diberi Sijil Perlantikan mengikut Seksyen Ordinan dan seksyen 40 Akta Polis 1967.


BAHAGIAN IV
TANGGUNGAN PVR SETIKA TIDAK AKTIF KHIDMAT – KERAHAN TENAGA


12 (1) Tanggungan minima

Apabila tidak dipanggil kerahan tenaga, setiap anggota PVR dikehendaki menjalankan kewajipan (obligation):

a) Untuk hadir di tempat-tempat, tarikh-tarikh dan masa yang diarahkan secara lisan atau bertulis dari masa ke semasa. Sekurang-kurangnya 16 jam minima dalam bulan September.

b) Apabila diarahkan KP Negara di atas kebenaran Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, untuk hadir kursus bagi tempoh terus menerus tidak melebihi 14 hari dalam satu tahun kalendar tempat dan tarikh yang diarahkan oleh KP Negeri.

Tertakluk kepada notis kerana menghadiri kursus seperti para (b) di atas dan hendaklah diberi kepada anggota PVR berkenaan dan beliau tidak perlu menjalankan kewajipannya sebagaimana perlu para (a) di atas dalam bulan kursus tersebut.

12 (2) : Jangka masa Perhatian

Dalam memegang jawatan semasa perlantikan pertama, seseorang PVR dikehendaki mengikut arahan untuk hadir di tempat-tempat dan masa sebagaimana diarahkan secara lisan atau bertulis minimum 24 jam dalam 1 bulan kalendar dalam 6 bulan tempoh percubaan dikenali sebagai Rekrut Sukarelawan.

Dalam tempoh percubaan KP Negeri, boleh memberhentikan mana-mana anggota rekrut PVR itu jika tidak memuaskan boleh dipecat dengan sebulan notis walaupun ketika itu dalam kerahan tenaga.

12 (3) : Jika Rekrut PVR tidak dapat menjalankan kewajipannya, seperti perenggan (2) ni Ketua Polis Negeri boleh melanjutkan tempoh percubaan tersebut sehingga didapati memuaskan.

12 (4) : Seseorang PVR boleh menghadiri perbarisan latihan kawad atau tugas melebihi had minimum yang diperlukan sebagai peraturan ini, tetapi tidak boleh dibayar elaun lebih dari 24 jam di dalam satu bulan kalendar kecuali dibenarkan oleh KP Negara dengan persetujuan dari Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

12(5) : Daftar Kedatangan Kawad

Catatan kedatangan bagi latihan bertugas seperti rujukan di perenggan (1)(a) dan (2) peraturan ini hendaklah dicatat di dalam daftar kedatangan, dan hendaklah dijadikan sebagai bukti kehadiran bagi bayaran elaun.

12 (6) : Tugas-tugas polis dalam masa percubaan

Anggota PVR boleh dikehendaki mengikuti latihan, undang-undang, latihan senjata dan membuat tugas-tugas polis sebenar semasa kehadiran mengikut peraturan ini.

Tertakluk bahawa, rekrut PVR apabila menjalankan tugas polis hendaklah di bawah pengawasan anggota polis atau anggota PVR yang dilantik untuk tujuan ini.

12 (7) : Ujian Kelayakan

Di dalam mengakhiri tempoh percubaan dan memuaskan mengikut perenggan (2) peraturan ini atau ujian kecekapan yang diarahkan oleh KP Negara. Catatan rekod penempatan jawatan akan dimasukkan di dalam rekod perkhidmatan dan nombor pelit akan diberi.

12 (8) : Sukatan Pelajaran

KP Negara boleh menggariskan sukatan pelajaran latihan untuk PVR sebagaimana difikirkan sesuai dan perlu untuk membolehkan menjalankan tugas polis dengan sekap dan berkesan.


BAHAGIAN (V)
PENEMPATAN DAN PERTUKARAN


13 (1) : Penempatan dan pertukaran

Anggota PVR boleh menjalankan tugas di daerah di mana ia tinggal, tetapi bergantung kepada kekosongan di tempat tersebut. Untuk memilih bertugas di daerah lain ia tidaklah berkewajipan bertugas latihan berterusan atau tugas aktif kecuali apabila diperlukan.

13 (2) : Anggota PVR adalah tidak dipanggil tugas aktif, boleh memohon untuk ditukarkan ke mana-mana bahagian persekutuan. Pertukaran tersebut adalah bergantung pada kekosongan dan di atas kebenaran KP Negara bagi kes Pegawai Polis Sukarelawan bergazet ataupun pegawai PVR berpangkat tinggi dan di atas kebenaran KP Negeri bagi anggota PVR berpangkat rendah atau Polis Konstabel sukarelawan.

13 (3) : Apabila dipilih atau permohonan untuk bertukar dikemukakan dan sekiranya tiada kekosongan KP Negara bagi kes pegawai PVR bergazet dan pegawai PVR berpangkat tinggi dan KP Negeri bagi kes anggota PVR berpangkat rendah dan polis konstabel sukarelawan, boleh diperkenankan pertukaran dan menawarkan penyerahan tuags anggota PVR tersebut kepada orang lain atau kekosongan tersebut diisi oleh senarai anggota tidak bertugas (unattached list).

13 (4) : Pengambilan hak

Apabila sukarelawan itu tidak dipanggil untuk bertugas aktif, KP Negara bagi kes pegawai polis sukarelawan bergazet atau pegawai polis berpangkat tinggi dan Ketua Polis Negeri bagi kes anggota PVR berpangkat rendah dan polis konstabel sukarelawan, di mana tidak memenuhi tanggungjawab mengikut pangkatnya, boleh menyebabkan anggota PVR itu boleh kembali ke pangkat rendah yang mana sesuai.

Kecuali, Pegawai Polis Sukarelawan bergazet kembali kepada pangkat tidak bergazet, terlebih dahulu menawarkan diri di atas permintaannya untuk meletakkan jawatan dan peletakan jawatan tersebut telah diterima dan dicetak dalam warta, dan seseorang polis sukarelawan itu yang telah kembali ke pangkat asalnya boleh dirampas haknya sebagai denda dan tidak berhak untuk kembali ke kedudukannya sebelum kembali kepada keadaan asalnya.

14 (1) : Senarai tidak bertugas (unattached list)

Mana-mana anggota PVR yang mempunyai sebab di atas pertukaran tempat kediaman di mana-mana bahagian Persekutuan, di mana tiada kekosongan dalam pasukan sukarelawan itu, atau sesiapa sahaja yang telah bekerja di luar Persekutuan dan tidak berkehendakkan meletakkan jawatan dari sukarelawan, bolehlah memohon untuk penyerahan tugas kepada senarai tidak bertugas.

14 (2) : Dalam penyerahan tugas kepada senarai unattached list anggota PVR bolehlah menganggap telah berhenti dalam sukarelawan mengikut seksyen 64 Ordinan Polis.

14 (3) : Jangka masa di mana anggota PVR itu menyerahkan tugas kepada senarai unattached list tidak boleh mengambil kira sebagai kenaikan gaji / elaun tetapi di atas kebijaksanaan KP Negara. Perkiraan hanyalah dibuat di atas kekananannya dalam pangkat yang disandangnya dari tarikh penyerahan tugas ke senarai tidak bertugas.

14 (4) : KP Negara, dalam kes pegawai PVR bergazet dan anggota PVR berpangkat tinggi dan Ketua Polis Negeri dalam kes anggota PVR berpangkat rendah dan polis konstabel sukarelawan, boleh ditawarkan untuk memenuhi kekosongan dalam senarai bertugas kepada anggota PVR di dalam senarai unattached list, di atas penerimaan jawatan yang kosong itu, mengikut peruntukan Ordinan VIII dan semua peraturan yang dikhaskan bagi anggota PVR di dalam senarai bertugas.

14 (5) : Pegawai PVR bergazet dan pegawai berpangkat tinggi yang telah menyerahkan tugas unattached list boleh memberi maklumat kepada KP Negara sekiranya ada perubahan alamat surat-menyurat asal.

14 (6) : Anggota PVR berpangkat rendah dan juga konstabel sukarelawan yang telah disenaraikan kepada unattached list adalah diminta memaklumkan kepada KP Negara sekiranya berlaku perubahan alamat asal.

14 (7) : Anggota PVR yang tidak mengusahakan sesuatu tanpa sebarang sebab mengikut perenggan (5) dan (6) peraturan ini namanya boleh dipotong tanpa notis dari senarai unattached list.


BAHAGIAN VI
BERSARA DAN BERHENTI


15 (1) : Had Umur bersara

Anggota PVR kebiasaannya berasar dari perkhidmatan sukarelawan setelah mencapai had umur seperti di bawah:

Pegawai PVR bergazet &
Pegawai PVR berpangkat tinggi
55 tahun
Pegawai PVR Pangkat rendah50 tahun
Polis Konstabel Sukarelawan47 tahun


Melainkan atas kebenaran KP Negara atau YDP Agong membenarkan Pegawai PVR bergazet atau pegawai polis PVR berpangkat tinggi dibenarkan berkhidmat sehingga 60 tahun dan anggota PVR pangkat rendah sehingga mencapai 55 tahun.

15 (2) : Sijil Berhenti

Di atas tempoh tamat perkhidmatan selain dari dibuang dan selepas 1 tahun berkhidmat atau lebih dari perkhidmatan rekrut dan sebarang tempoh itu di atas perkhidmatan senarai unattached list, anggota PVR dibenarkan memohon dengan cara bertulis untuk dikeluarkan sijil perkhidmatan dalam bentuk seperti jadual Kedua peraturan ini.


BAHAGIAN VII
KOMANDAN


16 (1) : Perlantikan, tugas dan kuasa komandan

Bagi pihak YDP Agong, bolehlah dilantik Pegawai PVR bergazet sebagai ketua Komandan Sukarelawan yang berpangkat tidak lebih dari Penolong KP PVR.

Tugas-tugas ketua komandan ialah:

a) Sebagai penasihat am kepada KP Negara dalam segala hal berhubung dengan pengambilan, perjawatan, perlantikan, disiplin dan kebajikan semua anggota PVR.

b) Menjalankan semua pengawasan ke atas latihan dan pentadbiran am sukarelawan seperti yang diarahkan oleh KP Negara.

16 (2) : KP Negara bagi pihak YDP Agong selepas perundingan dengan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri atau KP Tempatan boleh melantik setiap negeri atau pegawai PVR bergazet sebagai Komandan sukarelawan di negeri atau tempatan tersebut yang berpangkat tidak tinggi dari KP Daerah. Tugas-tugas komandan sehubungan dengan Ketua Polis Negeri adalah sama dengan ketua komandan sehubungan dengan KP Negara.

16 (3) : Ketua komandan bolehlah dilantik oleh KP Negara dengan mempraktikkan arahan ke atas sukarelawan negeri atau tempatan di mana beliau berkhidmat ditambah dengan tugas di para (1) dan (2) peraturan ini.

16 (4) : KP Negara boleh meluluskan atau membenarkan ketua komandan atau komandan semua atau sebahagian dari kuasa untuk menjatuhkan hukuman ke atas setiap kesalahan disiplin di mana Ketua Polis Negeri mempraktikkannya di bawah peraturan 19.

16 (5) : KP Negara boleh memberi kuasa kepada ketua Komandan atau komandan mengeluarkan arahan biasa (routine nature) yang tidak selari (not inconsistent) dengan peruntukkan untuk sukarelawan yang dibuat di bawahnya atau arahan tetap (standard order) untuk sukarelawan.


BAHAGIAN VIII
KETIDAKHADIRAN


17 : Ketidakhadiran dengan kebenaran cuti

Apabila seseorang sukarelawan tidak dipanggil bertugas secara aktif:

17(a) : Ketua Polis Negeri dari masa ke semasa boleh mengeluarkan yang mana sesuai arahan tetap menunjukkan perlantikan dan alamat sesuai semua pegawai polis dan polis sukarelawan di negeri atau tempatan yang bertanggungjawab ke atas memperkemaskan rekod peribadi anggota PVR ke atas senarai bertugas di dalam setiap daerah, polis dan setiap anggota PVR di atas senarai bertugas dan hendaklah memberitahu dengan serta-merta kepada pegawai penjaga yang dilantik sekiranya ada perubahan alamat tempat tinggal yang didiaminya.

17(b) : Anggota PVR yang cuba tidak hadir dari tugas di daerah di mana ia ditugaskan dalam persekutuan atau tidak boleh secara sementara menjalankan tugas-tugasnya dalam masa lebih dari satu bulan hendaklah memberitahu dalam bentuk bertulis di mana sesuai kepada seseorang pegawai polis atau pegawai polis sukarelawan yang dilantik seperti para (a) peraturan ini, hendaklah memberitahu sebab-sebab munasabah tujuan ketidakhadiran dan alamat di mana ia boleh dihubungi.

17(c) : Komandan Sukarelawan Komandan Sukarelawan yang tidak hadir (absent) dari tugas daerah di mana ia ditugaskan atau dalam persekutuan lebih dari 7 hari tugaskan atau dalam persekutuan lebih dari 7 hari atau tidak boleh secara sementara menjalankan tugas-tugasnya, dengan secepat mungkin memberitahu KP Negeri atau tempatan, dan rekomen ke atas pegawai PVR yang boleh menggantikan tugasnya secara sementara.

17(d) : Pegawai PVR bergazet atau pegawai sukarelawan berpangkat tinggi yang ingin bercuti lebih dari 1 minggu dari daerah di mana ia ditugaskan atau dalam persekutuan atau tidak dapat menjalankan tugas sementara, secepat mungkin, memberitahu komandan atau kepada pegawai PVR yang lebih kanan yang ada di negeri atau tempatan tersebut, dan memberitahu nama pegawai PVR yang lebih kanan pangkatnya di balai atau stesen tersebut, yang akan menjalankan tugas dengan ketiadaannya.

17(e) : Ketidakhadiran lebih dari 30 hari yang dilaporkan di bawah peruntukkan pada (b), (c), & (d) peraturan ini adalah direkodkan sebagai cuti dalam rekod perkhidmatan pegawai PVR tersebut.

18 : Ketidakhadiran tanpa cuti

Apabila tidak dipanggil untuk tugas aktif anggota PVR yang tidak menunjukkan tanggungan minimum di bawah peruntukkan peraturan 12 di bawah peraturan ini, untuk 3 bulan berturut-turut yang tidak memberi notis dalam bentuk bertulis seperti yang diperlukan dalam para (b) peraturan 17 atau di atas kegagalannya untuk menerangkan sebab-sebab di atas ketidakhadiran boleh diberi dalam bentuk bertulis 1 bulan notis berhenti (discharge). Notis-notis tersebut hendaklah dihantar secara surat berdaftar ke alamat PVR tersebut yang ada di dalam rekod.


BAHAGIAN IX
DISIPLIN


Pemakaian Peraturan Polis L.N.636/52

19(1) : Apabila tidak dipanggil untuk bertugas, peraturan 3, 4, 5, 6, 8, 15, dan 16 Peraturan Polis 1952 , membentuk sebahagian dari peraturan ini dan penggunaannya melihatkan semua anggota PVR.

Kecuali, pegawai PVR berpangkat tinggi, anggota PVR berpangkat rendah dan konstabel sukarelawan itu didapati bersalah di atas kesalahan disiplin boleh dikenakan hukuman yang telah ditunjukkan di dalam jadual ketiga peraturan ini.

L.N. 636/52

19(2) : Apabila dipanggil untuk bertugas, peraturan 2 termasuk di dalam Peraturan Polis 1952, dan peruntukan disiplin di dalam ordinan dan juga peraturan yang mana digunakan pegawai polis, maka ia juga digunakan untuk anggota PVR mengikut pangkat.

Larangan aktiviti politik oleh anggota PVR

20(1) : Apabila dipanggil bertugas, anggota PVR adalah tertakluk kepada peruntukkan peraturan 2 (b), (c), dan (d) peraturan polis (aktiviti Politik), 1952.

20(2) : Apabila tidak dipanggil bertugas anggota PVR tidak akan menghadirkan diri sebarang mesyuarat politik, apabila berpakaian lengkap polis kecuali diarahkan demikian sebagai tugas, dan tidak akan memimpin atau membantu dalam kempen atau ceramah dalam semua urusan politik dalam bangunan polis.

20(3) : Anggota PVR yang menjadi calon pemilihan kepada part politik, hendaklah mengumumkan kepada KP Negeri atau tempatan di mana ia berkhidmat. Kecuali apabila dipanggil untuk bertugas, khidmat anggota akan ditamatkan kecuali ia memohon dengan cara bertulis dan diluluskan penyerahan tugas ke senarai tidak aktif (unattached list).

Ahli Kesatuan Sekerja

20(4) : Apabila dipanggil bertugas, anggota PVR itu boleh mendaftar, atau boleh meneruskan sebagai ahli kesatuan sekerja, dan tidak akan menghadiri sebarang mesyuarat kesatuan tanpa kebenaran dari KP Negara.

20(5) : Dalam apa jua hal, sekiranya anggota PVR itu menghadiri sebarang mesyuarat kesatuan sekerja apabila berpakaian lengkap polis, kecuali diarahkan berbuat demikian sebagai tugas, ataupun memimpin atau membantu dalam urusan kesatuan di dalam dan dari bangunan polis adalah dilarang.

Ikatan dengan dagangan dan lain-lain perjawatan

20(6) : Anggota PVR, apabila dipanggil untuk bertugas atau apabila menjalani latihan berterusan tidak terikat kepada mana-mana dagangan atau pekerjaan atau perjawatan apabila melaksanakan tugas-tugas polis.

20(7) : Dalam segala hal, Anggota PVR memimpin atau membantu dalam segala urusan perniagaan dilarang dari mana-mana bangunan polis apabila berpakaian lengkap polis kecuali di arahkan untuk tugas berikut.

Mencegah (sesuatu tindakan) dari tugas apabila tidak dipanggil bertugas:

21(1) : KP Negeri apabila ia berpendapat adalah perlu bagi kepentingan awam, iaitu anggota PVR apabila tidak dipanggil bertugas, dibenarkan ‘larangan’ dari tugas anggota PVR tersebut dengan itu KP Negeri boleh menghantar atau menyerahkan sijil-sijil perlantikan dan semua senjata dan peluru, pakaian seragam dan segala kelengkapan yang telah diberikan kepadanya dan di atas

Kecuali iaitu segala keutamaan kuasa dan kelebihan (benefits) yang diberikan kepada pegawai tersebut dilarang kepada anggota PVR. Dalam tempoh larangan tersebut hendaklah dipatuhi tetapi boleh menyambungnya di bawah kuasa dan disiplin sebelum sesuatu larangan dikeluarkan.

21(2) : Larangan (interdiction) kepada pegawai PVR bergazet hendaklah dilaporkan dengan segera kepada KP Negara oleh KP Negeri.


BAHAGIAN X
TUGAS, TANGGUNGJAWAB, KUASA DAM KEISTIMEWAAN


Arahan dan Keutamaan

22(1) : Anggota PVR apabila ditugaskan dengan pasukan polis akan mengambil kira pangkat sebagai junior di dalam kelas tersebut.

22(2) : Anggota PVR setiap pangkat akan menganggap dari ke kanannya mengikut tarikh perlantikan atau kenaikan mengikut pangkat:

Kecuali, KP Negara dan bagi pihak YDP Agong dalam kes pegawai polis PVR bergazet, dan tertakluk kepada arahan dari KP Negara, KP Negeri dalam kes anggota PVR pangkat rendah dan konstabel sukarelawan, akan meluluskan anggota PVR tersebut atas lantikan pertama atau ke atas kenaikan sebagai ke kanan di dalam pangkatnya, di mana perlantikan anggota PVR itu, dengan mengambil kira kelulusan khas anggota PVR tersebut di mana dimasukkan laporan perkhidmatan sebelumnya di dalam pasukan polis atau dalam tentera laut, tentera darat atau tentera udara di Raja atau mana-mana pasukan tempatan yang ditubuhkan dalam mana-mana undang-undang bertulis.

22(3) : Kekananan yang diluluskan di bawah peraturan ini boleh melayakkan anggota tersebut menerima mana-mana kenaikan di bawah peruntukan mana-mana peraturan yang telah dibuat di bawah ordinan.

22(4) : Anggota PVR yang telah dipanggil untuk bertugas, tidak boleh mengamalkan arahan ke atas pegawai polis lain kecuali di arahkan demikian oleh pegawai polis bergazet atau mana-mana pegawai polis yang memegang atau memangku jawatan tidak kurang dari pegawai penjaga (officer in charge) dalam daerah polis

Makluman:
*** telah diganti dengan akta polis 67 seksyen 45 ***

22(5) : Pegawai polis PVR bergazet, pegawai PVR sukarelawan pangkat tinggi dan anggota PVR pangkat rendah, apabila memakai pakaian lengkap polis atau sebaliknya dikenali sebagai anggota PVR, adalah layak menerima dari pegawai polis sama penghargaan, keutamaan dan perbezaan seperti mana yang diterima oleh lain-lain pegawai polis yang sama pangkat di bawah peruntukan peraturan polis, arahan tetap atau sebarang undang-undang.

Anggapan apabila bertugas

23 : Apabila tidak dipanggil tugas

23(a) : Anggota PVR adalah dianggap bertugas walaupun tidak berpakaian lengkap polis, apabila perjalanan pergi dan balik dari mengambil bahagian dalam mana-mana perbarisan polis, perarakan, latihan tugas atau latihan yang diperlukan atau yang dikehendaki menjalankan tugas di bawah mana-mana peraturan atau di bawah mana-mana undang-undang yang dibuat atau diberi oleh pegawai polis atau pegawai polis berpangkat rendah kepadanya untuk dilaksanakan mengikut pangkatnya; dan

23(b) : Anggota PVR bolehlah, sama ada berpakaian polis ataupun tidak, adalah dianggap bertugas apabila dipanggil untuk membantu mana-mana pegawai polis atau anggota PVR kerana memerlukan bantuannya.

Pegawai polis adalah dianggap kakitangan awam

24 : Anggota PVR apabila tidak dipanggil bertugas, apabila menjalankan mana-mana tugas polis, adalah dianggap sebagai kakitangan awam atas tujuan ‘penal code’.

Tidak dikecualikan khidmat wajib

25 : Anggota PVR, tidak dikecualikan dari pendaftaran atau perkhidmatan wajib di atas sebab-sebab yang ia adalah anggota PVR.

Pengecualian di bawah proses sivil

26 : Elaun yang berhak diterima oleh anggota PVR apabila tidak dipanggil bertugas di bawah peraturan atau undang-undang yang dibuat di bawah peruntukkan Polis Ordinan, tidak boleh meluluskan atau tukar milik atau dilampirkan, diperlukan atau diluluskan berhubung dengan sebarang hutang piutang atau apa jua tuntutan :

Kecuali, peraturan ini tidak boleh dilakukan ke atas:
a) hutang disebabkan oleh mana-mana di dalam persekutuan.
b) saman yang dikenakan di bawah mana-mana undang-undang bertulis.
c) arahan pembayaran ganti rugi, tuntutan atau senggarakan yang dibuat di bawah mana-mana undang-undang bertulis.


BAHAGIAN XI
DIPANGGIL UNTUK BERTUGAS


Penempatan untuk bertugas

27(1) : KP Negara boleh menentukan di dalam arahan tetap tempat di mana setiap anggota PVR akan ditempatkan apabila dipanggil untuk bertugas.

Cara-cara panggilan bertugas

27(2) : Anggota PVR boleh juga dipanggil untuk bertugas secara lisan, atau bertulis, melalui warta kerajaan, pengumuman kepada awam melalui surat khabar, atau melalui radio dalam apa jua cara pun yang dikeluarkan oleh KP Negara dengan cara paling praktikal yang mungkin pada masa itu, termasuk dalam Seksyen 66 Polis Ordinan

Gaji sewaktu dipanggil bertugas

a) Anggota PVR, selain dari anggota PVR wanita, bolehlah menerima gaji di daerah seperti mana anggota polis yang dilantik mengikut pangkat dan ia akan menerima kadar kenaikan seperti yang ditetapkan bagi sukarelawan.

Elaun apabila dipanggil bertugas

b) Merujuk kepada para (d) peraturan ini, anggota PVR adalah layak menerima elaun yang ditentukan mengikut kadar yang mengikut pangkat:

Ia tidak berhak menerima mana-mana elaun sebagaimana yang diberi kepada anggota polis tempatan mengikut pangkatnya oleh sebab perlakuan baik;

Gaji dan elaun anggota PVR wanita

c) Merujuk kepada peruntukan di bawah para (b) dan (d) peraturan ini anggota PVR wanita adalah layak menerima gaji dan elaun mengikut anggota polis wanita tempatan yang dilantik mengikut pangkat.

Elaun sewaan

d) Apabila sukarelawan dipanggil untuk bertugas, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, mengikut syarat peruntukan di bawah anggota PVR adalah layak menerima elaun sewaan dan kadar bayaran adalah berpatutan dengan elaun yang diterimanya.


BAHAGIAN XII
PERSENJATAAN DAN PELURU


Sekil Persendirian

29(1) : Anggota PVR adalah tidak dipanggil untuk bertugas, kecuali disebut di dalam peraturan ini, dikeluarkan dengan mana-mana sekil peribadi man-mana senjata selain dari cota (baton).

Latihan Tahunan

29(2) : KP Negeri, di atas kebenarannya, boleh dikeluarkan arahan penentuan di mana anggota PVR akan dikeluarkan dengan, dan di bawah jagaannya persenjataan dan peluru seperti terkandung kepada pegawai polis yang berpangkat sama dengannya apabila menghadiri latihan berterusan di bawah peraturan 12(1) (b) peraturan ini.

Jagaan Keselamatan

29(3) : Di dalam segala hl, kecuali di bawah kelulusan KP Negara, semua persenjataan dan peluru, yang diperlukan untuk digunakan oleh anggota PVR bolehlah di bawah jagaannya dan mengikut arahan-arahan yang dikeluarkan oleh KP Negeri.

Sekiranya KP Negeri itu mengikut pendapatnya untuk mana-mana tujuan yang bersangkutan dengan keamanan dan untuk kebajikan dan melindungi nyawa dan harta benda, adalah perlu mengeluarkan kepada anggota PVR persenjataan dan peluru seperti mana yang terkandung bagi anggota polis yang sama pangkat sebagaimana yang diarahkannya.

Perarakan Perbarisan dan Latihan

29(4) : Tidak ada dalam peraturan ini yang boleh menunjukkan sebagai had kuasa KP Negara itu atau KP Negeri dalam arahan untuk mengeluarkan berhubung dengan persenjataan dan peluru yang dibawa oleh anggota PVR di dalam perbarisan atau atas tujuan latihan.


BAHAGIAN XIII
PAKAIAN SERAGAM DAN KELENGKAPAN


Peruntukan am L.N.508/54

30(1) : Semua senarai pakaian yang dipakai oleh anggota PVR adalah mengikut bentuk dan peraturan yang telah dicatatkan di dalam Peraturan Polis (Pakaian) 1954, mengikut perubahan yang diarahkan kepada KP Negara;

Kecuali, Pegawai PVR bergazet dan pegawai PVR berpangkat tinggi boleh memakai kencana kepingan logam pada bahu dan anggota PVR pangkat rendah serta konstabel PVR bolehlah memakai pelit pasukan yang dikeluarkan mengikut perkataan “Sukarelawan Polis”.

Pakaian Kerja

30(2) : KP Negara boleh menetapkan sekil pakaian kerja mengikut pangkat untuk anggota PVR dan juga apabila tidak dipanggil bertugas dan boleh dengan kelulusan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dalam menentukan sekil tambahan pakaian seragam yang dianggap perlu untuk anggota PVR yang menjalankan latihan berterusan.

Pakaian Mess

30(4) : KP Negara boleh mengeluarkan kebenaran kepada Pegawai PVR bergazet untuk memakai pada keadaan tertentu sebarang arahan pemakaian yang ditentukan dalam Peraturan Polis (Pakaian) 1954, untuk pegawai polis yang sama pangkat.

Kecuali, diarahkan. Perbelanjaan untuk tujuan mengadakan pakaian tersebut adalah di atas tanggungan anggota PVR tersebut.

Pakaian Seragam apabila tidak dipanggil bertugas (unattached list)

31 : Anggota PVR, apabila tidak dipanggil bertugas (unattached list), akan dikeluarkan sekil pakaian seragam dan kelengkapan seperti mana yang diluluskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dari masa ke semasa.

Kecuali, KP Negara dengan kelulusan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri boleh mengeluarkan kepada anggota PVR apabila menjalani latihan berterusan, bilangan pakaian seragam dan kelengkapan yang dianggap sesuai untuk dipakai.

Pakaian Seragam apabila dipanggil bertugas

32 : Anggota PVR, apabila dipanggil bertugas akan dikeluarkan jumlah pakaian seragam kerja dan kelengkapan yang dikeluarkan sama seperti anggota polis sama pangkatnya.

Ketua Polis Negara boleh mengikut peraturannya, mengarahkan pengeluaran pakaian dan kelengkapan untuk anggota PVR jumlah yang kurang dari yang boleh dikeluarkan untuk peraturan ini.


BAHAGIAN XIV
URUSAN PERUBATAN


Keperluan Pemeriksaan Perubatan

33 : Anggota PVR adalah perlu mendapatkan pemeriksaan perubatan oleh pegawai perubatan kerajaan atau pegawai perubatan berdaftar yang dibenarkan oleh kerajaan. Sekiranya anggota PVR tidak mengendahkan atau mengingkarinya ia bolehlah diberhentikan.

Keperluan Ketika Bertugas

33(2) : Anggota PVR yang cedera atau mengidap sebarang penyakit atau jangkitan-jangkitan, dalam bertugas bolehlah melaporkannya dalam bentuk bertulis, bagi kes Pegawai PVR bergazet kepada KP Negara dan anggota PVR kepada KP Negeri secepat mungkin sebelum pemeriksaan dilakukan.

33(3) : Tiada apa-apa tuntutan yang boleh dilakukan di atas kecederaan, penyakit atau kelemahan tertentu yang boleh diambil kira sekiranya perkara itu berlaku lebih dari 7 tahun kejadian tersebut.

Ganti Rugi

34 : Anggota PVR diperlukan menandatangani satu kenyataan bertulis, sekiranya gagal atau tidak berbuat demikian tanpa sebarang sebab di atas pemeriksaan kesihatan, maka segala perbelanjaan berhubung dengan perkara di atas adalah ditanggung sendiri.

Rawatan perubatan di atas kecederaan

35 : Apabila tidak bertugas anggota PVR adalah layak menerima rawatan perubatan yang ditanggung oleh kerajaan, di atas kecederaan atau sakit ketika menjalankan tugas dan bukan disebabkan olehnya, anggota tersebut layak diteruskan menerima pemeriksaan perubatan tersebut sehingga dapat menjalankan tugas semula.

Kelayakan Pemeriksaan Kesihatan Anggota PVR dan Keluarga

36 : Anggota PVR, isteri dan anak-anak tanggungannya di bawah umur 18 tahun, adalah layak menerima rawatan perubatan pada kadar separuh bayaran wad hospital yang dikenakan dari masa ke semasa bergantung kepada Sijil Perakuan.

Sijil Perakuan ini didapati dari Pegawai PVR Bergazet

Kemudahan rawatan atau wad hospital ini adalah bergantung pada tempat kekosongan yang ada.


BAHAGIAN XV
PENTADBIRAN


37 : Anggota PVR diminta menghantar kenyataan pendapatan bulanan dari masa ke semasa kepada KP Negara.

Tabung PVR

38 : KP Negara boleh menerima sumbangan atau derma dari mana-mana pihak dan ia akan dimasukkan ke dalam tabung yang dipanggil “Tabung PVR”

39 : Untuk tujuan kemudahan dari segi kebajikan, gaji, elaun dan kenyataan tugas maka dengan persetujuan KP Negara boleh membentuk persatuan yang beroperasi dan ditadbirkan di bawah peraturan Hukuman Tetap KP Negara.

40 : KP Negara dan KP Negeri boleh mengeluarkan Hukuman Tetap untuk perjalanan pentadbiran PVR dengan kemas kini berpandukan arahan-arahan atau peraturan di bawah Ordinan yang boleh digunakan oleh anggota-anggota PVR untuk pelarasan perjalanan pentadbiran organisasi dalam PVR.


Subscribe here



Pengumuman


Majlis Jamuan 1SPDRM 1Malaysia
PVR Tg Malim mengucapkan Tahniah kepada Jawatankuasa dan Semua yang turut serta dalam majlis tersebut.
Tahniah, tahniah, tahniah!


-:-

SUKAN SPDRM ZON UTARA
PVR Tg Malim mengucapkan TAHNIAH kepada pihak kontinjen Perak kerana telah mengendalikan Sukan Zon Utara SPDRM dengan jayanya.
Tahniah, tahniah, Tahniah!!!


-:-

Sudut PVR Tg Malim

CURRENT MOON
Bilangan Pengunjung Di Laman ini:
homestudycourses.net

Amaran Pihak Polis! - Police Alert!

  • Jangan layan sebarang panggilan telefon/ SMS/ e-mel yang meminta butir-butir perbankan anda

  • Never respond to any phone call/ SMS/ e-mail requesting your bank account details


  • Jangan dedahkan maklumat akaun/ nombor PIN ATM/ kata laluan perbankan Internet anda kepada mana-mana pihak

  • Never reveal your bank account details/ ATM PIN/ Internet banking password to anyone


  • Jangan terpedaya dengan arahan orang yang tidak dikenali untuk melakukan sebarang transaksi atau perubahan butir-butir perbankan anda

  • Never follow instruction from an unknown party to perform banking transaction or make changes to your bank account details


  • Jangan jadi mangsa skim-skim yang menjanjikan pulangan yang terlalu lumayan

  • Never be a victim of schemes that sound too good to be true


  • Massage From PDRM

    If you are driving at night and are attacked with eggs, do not operate the wiper or spray any water.

    You can drive with whatever visibility remaining until you reach a safer place. Because eggs when mixed with water becomes milky and block your vision up to 92.5%.

    Then you are forced to stop at the road side and become a victim of robbers This is a new technique used by robbers in Johor Bahru.

    Please inform your friends and relatives.

    Please take this seriously.

    Top 5 Blog Archive