Sarjan Azhar bin Mohd Dahalan
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...
Bismillahirrahmanirrahhim...
Allhamdulillah, syukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnianya Sukarelawan Polis (SP) Daerah Tanjong Malim telah melangkah setapak lagi ke hadapan dengan memasuki dunia tanpa sempadan iaitu teknologi internet.
Dengan kemajuan negara masa kini yang dapat dikecapi dan dimanfaat oleh seluruh masyarakat Malaysia, penceburan SP ke dalam dunia Internet ini adalah bertujuan untuk memberi maklumat kepada umum berkaitan sebarang agenda SP di daerah ini.
Dengan hasrat pengkongsian maklumat di antara SP Daerah Tanjong Malim bersama peluncur siber, ia dapat memantapkan imej Polis Di Raja Malaysia (PDRM) di sudut pandangan masyarakat.
Sebagai sebuah badan sukarelawan, SP daerah ini juga mempunyai komitmen yang besar sebagaimana anggota PDRM biasa yang menjalani tugas di dalam negara ini. Berdasarkan kepada peranan dan kuasa yang diberi, SP merupakan antara pasukan yang dapat memantapkan pasukan PDRM keseluruhan.
Oleh itu SP masa kini juga berperanan untuk bersama menjaga ketenteraman awam dan menghindar serta menangani masalah jenayah masa kini.
Saya sebagai Ketua SP Daerah Tanjong Malim ingin mengalu-alukan kehadiran para pengunjung ke laman blog ini. Saya juga tidak keberatan mempelawa seluruh pengunjung melontarkan sedikit komen, cadangan dan pendapat agar dapat berkongsi bersama dengan kami untuk meningkatkan taraf laman blog ini.
Sekian, terima kasih.
(AZHAR BIN MOHD DAHALAN)
Ketua Sukarelawan Polis
Daerah IPD Tanjong Malim.