- Apakah Sukarelawan Polis Diraja Malaysia (SPDRM )Malaysia?
- Bagaimanakah penubuhan pasukan SP ini?
- Siapakah yang layak menyertai pasukan ini?
- Adakah pekerja unit uniform lain boleh menyertai SPDRM?
- Berapakah lama latihan dijalankan untuk menganggota SPDRM?
- Apakah perkara-perkara yang dipelajari di dalam latihan selama 6 bulan tersebut?
- Bagaimana pakaian anggota SPDRM?
- Apakah anggota SPDRM dibenarkan memakai pakaian operasi?
- Bagaimana bidang kuasa SP setelah tamat latihan?
- Apakah tugas SPDRM?
- Adakah anggota SPDRM dibekalkan senjata api ketika bertugas?
- Adakah SPDRM diberi elaun?
- Apakah tugas-tugas anggota SPDRM?
- Bolehkah anggota SPDRM membuat tangkapan?
- Bolehkah anggota SPDRM mengeluarkan saman?
- Berapakah had umur anggota SPDRM boleh bertugas?
- Apakah pangkat tertinggi untuk anggota SPDRM?
- Apakah anggota SPDRM boleh menerima penghargaan?
SP Malaysia merupakan sebuah pasukan sukarela yang dinaungi oleh Polis Di Raja Malaysia.
Penubuhan SPDRM ini adalah terkandung di dalam Bahagian VIII Seksyen 34 Akta Polis 1967 (Akta 344)
Seluruh warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan fizikal dan akademik dan bebas dari rekod jenayah.
Tidak, mereka yang berada di dalam unit beruniform, dan boleh dikerah ketika darurat adalah tidak digalakkan menyertai pasukan SPDRM ini. Pekerja yang bekerja di bawah arahan 'On Call' juga tidak digalakkan.
Latihan diadakan selama 6 bulan, selepas waktu pejabat iaitu dari jam 5.00 petang.
Para pelatih akan mempelajari ilmu berkaitan kepolisan, undang-undang, latihan kawad, latihan jasmani dan penggunaan senjata api.
Pemakaian uniform anggota SPDRM adalah sama seperti anggota polis biasa.
Pemakaian uniform anggota SPDRM adalah bergantung kepada arahan dari KP Negeri masing-masing.
Kuasa SPDRM adalah sama seperti anggota polis biasa.
Anggota SPDRM menjalankan tugas seperti anggota polis biasa.
Ya, anggota SPDRM dibekalkan senjata api beserta peluru untuk tujuan keselamatan semasa bertugas.
Ya, sehingga kini anggota rendah SPDRM dibayar RM4.00 / jam. anggota SPDRM juga layak menuntut elaun basikal pada hari bertugas. Elaun juga diberi sejak dari dalam latihan.
Sama seperti anggota polis biasa.
Ya, anggota SPDRM boleh membuat tangkapan.
Ya, anggota SPDRM boleh mengeluarkan saman.
Had umur anggota SPDRM berpangkat Konstabel ialah 48 tahun.
Had umur anggota SPDRM berpangkat Kopral hingga Sub-Inspektor ialah 50 tahun.
Had umur anggota SPDRM berpangkat Inspektor ke atas ialah 55 tahun.
Sehingga kini pangkat yang tertinggi bagi anggota SPDRM ialah Superitendan Polis.
Semua anggota SPDRM yang layak akan diberi sijil penghargaan oleh KP Daerah, KP Negeri atau KP Negara.