BAHAGIAN VIII

SUKARELAWAN SIMPANAN POLIS DIRAJA MALAYSIA


34. Penubuhan Sukarelawan Simpanan

(1) Maka hendaklah ditubuhkan dalam dan bagi Malaysia suatu badan bernama Sukarelawan Simpanan Polis Riraja Malaysia (kemudian dari ini disebut "Sukarelawan Simpanan") yang hendaklah terdiri daripada sebilangan pegawai kanan polis sukarelawan simpanan, pegawai rendah polis sukarelawan simpanan dan konstabel sukarelawan yang diizinkan oleh Yang di-Pertuan Agong dari semasa ke semasa.

(2) Bagi maksud Bahagian ini ungkapan "pegawai polis sukarelawan simpanan" ertinya mana-mana anggota Sukarelawan Simpanan.


35. Anggota-anggota Sukarelawan Simpanan

Seseorang (bukan anggota Angkatan Tentera Malaysia atau mana-mana Pasukan yang ditubuhkan di bawah mana-mana Pasukan yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis) yang berumur tidak rendah daripada lapan belas tahun atau lebih daripada empat puluh empat, dan memiliki kelayakan-kelayakan yang ditetapkan boleh menawarkan diri dan diterima untuk lantikan dalam Sukarelawan Simpanan.


36. Perlantikan pegawai-pegawai polis sukarelawan simpanan, dll.

(1) Pegawai-pegawai kanan polis sukarelawan simpanan berpangkat Penolong Penguasa dan ke atas boleh dilantik, dinaikkan pangkat atau dibuang kerja oleh Ketua polis Negara, dengan persetujuan Menteri, bagi pihak Yang di-Pertuan Agong.

(2) Pegawai-pegawai kanan polis sukarelawan simpanan berpangkat Ketua Inspektor dan ke bawah boleh dilantik, dinaikkan pangkat atau dibuang kerja oleh Ketua Polis Negara.

(3) Pegawai-pegawai rendah polis sukarelawan simpanan dan konstabel sukarelawan simpanan boleh dilantik, dinaikkan pangkat atau dibuang kerja oleh seorang Pegawai Memerintah.

(4) Perlantikan, kenaikan pangkat, perletakan jawatan, pelepasan atau pembuangan kerja tiap-tiap pegawai kanan polis sukarelawan simpanan yang berpangkat Penolong Penguasa atau ke atas hendaklah disiarkan dalam Warta Persekutuan.


37. Pangkat sukarelawan-sukarelawan yang dilantik dalam Sukarelawan Simpanan.

Orang-orang yang dilantik dalam Sukarelawan Simpanan boleh memegang pangkat pegawai-pegawai kanan polis sukarelawan simpanan, pegawai-pegawai rendah polis sukarelawan simpanan atau konstabel-konstabel sukarelawan simpanan, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengikut kelayakan-kelayakan mereka.


38. Pegawai-pegawai polis sukarelawan simpanan boleh dikehendaki meletakkan jawatan.

Seseorang pegawai polis sukarelawan simpanan boleh dikehendaki meletakkan jawatan oleh pihak berkuasa perlantikan jika pihak berkuasa itu berpendapat bahawa pegawai itu tidak, atas apa-apa sebab, berupaya menjalankan dengan cekap tugas-tugasnya yang dikehendaki atau mungkin dikehendaki untuk melaksanakan dengan cekap sebagai seorang anggota Sukarelawan Simpanan.


39. Akuan oleh pegawai polis sukarelawan simpanan

Tiap-tiap pegawai polis sukarelawan simpanan hendaklah, sebelum mula menjalankan tugas-tugasnya, membuat di hadapan seorang pegawai kanan polis yang berpangkat tidak rendah daripada penolong penguasa, dengan apa-apa cara yang dia boleh akui sebagai paling berkesan pada perasaan hatinya, akuan yang diperuntukkan dalam Jadual Kedua.


40. Perakuan perlantikan
s
Suatu perakuan perlantikan, dalam bentuk yang ditetapkan, hendaklah dikeluarkan kepada tiap-tiap pegawai polis sukarelawan simpanan dan hendaklah menjadi keterangan mengenai perlantikannya di bawah Akta ini.


41. Perletakan jawatan

Seorang pegawai polis sukarelawan simpanan boleh meletakkan jawatan dari Sukarelawan Simpanan dengan memberi satu bulan notis secara bertulis kepada seorang seorang Pegawai Memerintah.

Dengan syarat bahawa jika Sukarelawan Simpanan atau mana-mana bahagiannya sedang dikerah, seorang pegawai polis sukarelawan simpanan tidak boleh meletakkan jawatan melainkan dibenarkan dengan nyata secara bertulis untuk berbuat demikian oleh seorang Pegawai Memerintah.


42. Gaji dan elaun

(1) Tertakluk kepada subseksyen (2), seorang pegawai polis sukarelawan simpanan hendaklah berkhidmat dengan sukarela dan tidak berhak menuntut apa-apa saraan bagi perkhidmatannya, kecuali elaun-elaun yang ditetapkan.

(2) Apabila dikerah, seorang pegawai polis Sukarelawan Simpanan hendaklah menerima apa-apa gaji dan elaun yang ditetapkan bagi seorang pegawai polis yang bersamaan pangkat dan kekananan dalam pangkat itu.


43.Mengerah Sukarelawan Simpanan

(1) Bagi apa-apa maksud berkenaan dengan keamanan dan ketenteraman di Malaysia atau mana-mana bahagian daripadanya Ketua Polis Negara boleh dengan terlebih dahulu mendapat kelulusan Menteri, mengerah Sukarelawan Simpanan atau mana-mana bahagian daripadanya untuk menjalankan tugas-tugas polis; dan pengerahan itu tidak boleh terhenti kuatkuasanya sehingga diperuntukkan selainnya dengan perintah yang dibuat oleh Ketua Polis Negara dengan terlebih dahulu mendapat kelulusan Menteri.

(2) Tiap-tiap pegawai polis sukarelawan simpanan yang dikerah di bawah subseksyen (1) hendaklah berhimpun di mana-mana tempat diarahkan oleh Ketua Polis Negara.

(3) Seorang pegawai polis Sukarelawan Simpanan yang dikerah di bawah subseksyen (1) yang tanpa sebab yang munasabah, beban pembuktian hendaklah terletak dengannya, enggan atau abai berkhidmat adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.


44. Ketua Polis Negera boleh menggunakan khidmat pegawai polis sukarelawan simpanan untuk menjalankan tugas-tugas polis.

Jika Sukarelawan Simpanan tidak dikerah, Ketua Polis Negara boleh menggunakan khidmat seorang pegawai polis sukarelawan simpanan untuk menjalankan tugas-tugas polis sebagaimana diarahkan olehnya.


45. Kuasa pegawai polis sukarelawan simpanan.

Seseorang pegawai polis sukarelawan simpanan apabila melaksanakan tugas-tugas polis hendaklah mempunyai kuasa-kuasa dan tugas-tugas yang sama dan perlindungan dan imuniti yang sama dan hendaklah tertakluk kepada pihak berkuasa dan disiplin yang sama seperti pegawai polis yang bersamaan pangkat dengannya.


46. Menempatkan semula dalam pekerjaan sivillian

(1) Adalah menjadi kewajiban mejikan yang telah mengambil kerja mana-mana pegawai polis sukarelawan simpanan selama tempoh sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum tarikh pegawai itu dikerah di bawah Bahagian ini untuk mengambil kerja semula pegawai itu apabila dia selesai menjalankan perkhidmatan aktif menurut pengerahan itu termasuk apa-apa cuti yang terhak baginya bagi perkhidmatan itu dalam pekerjaan dan di bawah syarat-syarat yang tidak kurang baiknya daripada yang tetap dipakai baginya sekiranya dia tidak dikerah.

(2) Mana-mana majikan yang tidak mengambil kerja semula mana-mana pegawai polis Sukarelawan Simpanan di bawah subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan tertakluk sebagaimana diperuntukkan kemudian daripada ini, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya:

Dengan syarat bahawa dalam mana-mana prosiding di bawah subseksyen ini adalah menjadi suatu pembelaan bagi majikan untuk menunjukkan bahawa pegawai polis sukarelawan simpanan yang telah diambil kerja olehnya dahulu telah tidak, sebelum tamat tempoh satu bulan selepas selesai perkhidmatanaktif, memohon kepada majikan untuk bekerja semula atau bahawa, setelah ditawarkan pekerjaan semula olehnya, pegawai itu telah tidak, tanpa sebab yang munasabah menghadirkan diri untuk bekerja pada masa dan di tempat yang telah diberitahu kepadanya oleh majikan itu, atau bahawa oleh sebab perubahan hal keadaan (lain daripada mengguna khidmat seseorang lain bertugas menggantikannya)--

(a) adalah tidak praktik untuk mengambil kerja semula pegawai itu; atau

(b) pengambilan kerja semula pegawai itu dalam suatu pekerjaan dan di bawah syarat-syarat yang tidak kurang baiknya daripada yang akan dipakai baginya sekiranya dia tidak dikerah adalah tak praktik, dan bahawa majikan itu telah menawarkan untuk mengambil kerja semula pegawai itu dalam suatu pekerjaan yang paling baik yang semunasabahnya praktik di bawah hal keadaan itu.


Rujukan :

Lembaga Penyelidikan Undang-Undang.(2002). Akta Polis 1967 (Akta 344). Selangor- International Law Book Services

Subscribe here



Pengumuman


Majlis Jamuan 1SPDRM 1Malaysia
PVR Tg Malim mengucapkan Tahniah kepada Jawatankuasa dan Semua yang turut serta dalam majlis tersebut.
Tahniah, tahniah, tahniah!


-:-

SUKAN SPDRM ZON UTARA
PVR Tg Malim mengucapkan TAHNIAH kepada pihak kontinjen Perak kerana telah mengendalikan Sukan Zon Utara SPDRM dengan jayanya.
Tahniah, tahniah, Tahniah!!!


-:-

Sudut PVR Tg Malim

CURRENT MOON
Bilangan Pengunjung Di Laman ini:
homestudycourses.net

Amaran Pihak Polis! - Police Alert!

  • Jangan layan sebarang panggilan telefon/ SMS/ e-mel yang meminta butir-butir perbankan anda

  • Never respond to any phone call/ SMS/ e-mail requesting your bank account details


  • Jangan dedahkan maklumat akaun/ nombor PIN ATM/ kata laluan perbankan Internet anda kepada mana-mana pihak

  • Never reveal your bank account details/ ATM PIN/ Internet banking password to anyone


  • Jangan terpedaya dengan arahan orang yang tidak dikenali untuk melakukan sebarang transaksi atau perubahan butir-butir perbankan anda

  • Never follow instruction from an unknown party to perform banking transaction or make changes to your bank account details


  • Jangan jadi mangsa skim-skim yang menjanjikan pulangan yang terlalu lumayan

  • Never be a victim of schemes that sound too good to be true


  • Massage From PDRM

    If you are driving at night and are attacked with eggs, do not operate the wiper or spray any water.

    You can drive with whatever visibility remaining until you reach a safer place. Because eggs when mixed with water becomes milky and block your vision up to 92.5%.

    Then you are forced to stop at the road side and become a victim of robbers This is a new technique used by robbers in Johor Bahru.

    Please inform your friends and relatives.

    Please take this seriously.

    Top 5 Blog Archive