Peruntukan Penubuhan

Pengambilan baru anggota dan pegawai Sukarelawan Polis DiRaja Malaysia telah dinyatakan dalam seksyen 36 Akta Polis 1967, seksyen 10 (Bhg III) dalam Peraturan Sukarelawan Polis 1956 dan Bhg E dalam PTKPN 502.


Syarat Asas

Bagi menyertai pasukan ini, seseorang pemohon itu perlulah memenuhi syarat-syarat berikut:-

Taraf Kewarganegaraan :
Warganegara Malaysia

Umur :
Tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan.

Ukuran Badan:
Lelaki :
Tinggi : 162cm (5'4")
Lilitan dada : 81cm (32"/34")
Berat badan: 48 kilogram

Wanita :
Tinggi : 152cm (5')
Berat badan : 43kg

Penglihatan dan Pendengaran:
Mempunyai penglihatan biasa sekurang-kurangnya vision 6/9 tanpa cermin mata tidak buta warna dan pendengaran yang baik

Kelulusan Akademik:
- Sekurang-kurangnya lulus SRP/LCE

- Pangkat A

- Golongan profesional akan diberi keutamaan

- Fasih bertutur dan menulis di dalam Bahasa Melayu


Kelayakan Lain

Mempunyai pekerjaan yang tetap

Mendapat kebenaran Ketua Jabatan/Majikan untuk masuk berkhidmat

Bermastautin di dalam lingkungan 8 km dari Balai Polis Daerah yang dipohon.

Pemohon yang tinggal lebih 8 km tetapi tidak lebih 16km boleh dipertimbangkan jika ada kemudahan pengangkutan sendiri

Bersih daripada sebarang rekod jenayah/tapisan keselamatan dan tidak pernah terlibat dengan penyalahgunaan dadah

Mempunyai masa lapang untuk hadir tugas/latihan, aktiviti pasukan terutama waktu petang bermula jam 5.00 petang hingga 12.00 tengah malam.

Pekerja-pekerja yang sering bekerja luar (out-station) tidak digalakkan memohon

Tidak menjadi ahli/anggota mana-mana badan beruniform yang boleh dikerah tenaga di dalam keadaan darurat.

Pekerja-pekerja kumpulan "key-Personal" seperti hospital, TNB (breakdown), Telekom (tech), pengawal keselamatan / jaga yang bertugas dengan kerajaan / Badan berkanun / swasta serta pekerja yang bertugas tidak tentu masa seperti jurugegas, pencari kerosakan serta pekerja shif tidak layak memohon.


Kelayakan Perkhidmatan

Pemohon yang berjaya di dalam temuduga pemilihan dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan, tapisan jenayah dan keselamatan oleh Cawangan Khas dan pemeriksaan cap jari sebelum diterima masuk berkhidmat.

Semua pemohon yang berjaya dikehendaki menjalani latihan asas kepolisan (latihan tempatan) selama 6 bulan sebagai rekrut sebelum disahkan berkhidmat di dalam Pasukan Sukarelawan Polis DiRaja Malaysia.

Perkhidmatan Sukarelawan Polis adalah tertakluk kepada jadual / perintah / peraturan / kaedah: PVR Regulations 1956, Akta Polis 1967 dan Perintah Tetap Ketua Polis Negara Bahagian A502


Cara Memohon

Semua permohonan hendaklah menggunakan borang khas yang boleh didapati dari Pejabat Sukarelawan Polis Daerah.

Kekosongan jawatan akan diiklankan melalui surat khabar tempatan dan juga halaman Web Sukarelawan Polis IPD Tanjong Malim.

Borang Permohonan boleh dimuat turun di laman ini. Klik Sini untuk memuat turun borang.

Subscribe here



Pengumuman


Majlis Jamuan 1SPDRM 1Malaysia
PVR Tg Malim mengucapkan Tahniah kepada Jawatankuasa dan Semua yang turut serta dalam majlis tersebut.
Tahniah, tahniah, tahniah!


-:-

SUKAN SPDRM ZON UTARA
PVR Tg Malim mengucapkan TAHNIAH kepada pihak kontinjen Perak kerana telah mengendalikan Sukan Zon Utara SPDRM dengan jayanya.
Tahniah, tahniah, Tahniah!!!


-:-

Sudut PVR Tg Malim

CURRENT MOON
Bilangan Pengunjung Di Laman ini:
homestudycourses.net

Amaran Pihak Polis! - Police Alert!

  • Jangan layan sebarang panggilan telefon/ SMS/ e-mel yang meminta butir-butir perbankan anda

  • Never respond to any phone call/ SMS/ e-mail requesting your bank account details


  • Jangan dedahkan maklumat akaun/ nombor PIN ATM/ kata laluan perbankan Internet anda kepada mana-mana pihak

  • Never reveal your bank account details/ ATM PIN/ Internet banking password to anyone


  • Jangan terpedaya dengan arahan orang yang tidak dikenali untuk melakukan sebarang transaksi atau perubahan butir-butir perbankan anda

  • Never follow instruction from an unknown party to perform banking transaction or make changes to your bank account details


  • Jangan jadi mangsa skim-skim yang menjanjikan pulangan yang terlalu lumayan

  • Never be a victim of schemes that sound too good to be true


  • Massage From PDRM

    If you are driving at night and are attacked with eggs, do not operate the wiper or spray any water.

    You can drive with whatever visibility remaining until you reach a safer place. Because eggs when mixed with water becomes milky and block your vision up to 92.5%.

    Then you are forced to stop at the road side and become a victim of robbers This is a new technique used by robbers in Johor Bahru.

    Please inform your friends and relatives.

    Please take this seriously.

    Top 5 Blog Archive